7 KUNCI HIDUP SIHAT
BANYAK BERGERAK
Gerakan sekecil manapun, baik untuk pergerakan otot. Jadi, tidak perlulah bersusah payah ke gim. Manfaatkan saja segala kemudahan yang ada di sekitar anda seperti menaik tangga.
KURANG LEMAK
Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak seperti daging dan makanan bergoreng. Berlebihan lemak dapat menyebabkan kegemukan.
HINDARI ROKOK
Bahaya rokok bagi kesihatan sudah tidak diragukan lagi. Menurut kajian membuktikan bahawa lebih 4000 jenis zat berbahaya terkandung dalam rokok dan asapnya.
REDAKAN TEKANAN
Luangkan masa sekitar 30 minit untuk melakukan aktiviti yang anda sukai. Jangan lupa selalu berfikiran positif.
ELAK PENCEMARAN UDARA
Salah satu caranya ialah menanam banyak tanam-tanaman di halaman rumah. Tanaman bermanfaat untuk menyerap zat-zat pencemaran dari udara.
DAPATKAN RAWATAN GIGI SECARA RUTIN
Gigi yang baik menentukan keadaan pencernaan dan mencegah jangkitan.
JAUHI ALKOHOL
Kerana boleh membahayakan organ hati dan risiko kanser. Hindari minuman keras.
No comments:
Post a Comment