Tuesday, 9 August 2011

Health Tips



INFO SIHAT
LIHAT WARNA BUAH DAN SAYUR KENALI KHASIATNYA….

INFO, Warna pada buah dan sayur sahaja akan memikat selera kita untuk memakannya,bahkan ia sebenarnya mengandungi khasiatnya yang semula jadi. MUNGKIN PELIK BUNYINYA, tapi tahukah anda bahawa buah dan sayur turut dikategorikan mengikut warna untuk mengetahui kebaikannya kepada manusia.

CERIANYA SI OREN
Jenis buah/sayur: mangga,apricot,tembikai kuning,labu,ubi keledek dan lobak merah
Kebaikan:
Buah dan sayur yang berwarna oren biasanya mengandungi kandungan alpha dan beta karotena yang tinggi. Ini menjadikan ia kaya anti oksida.
Beta kartena semula jadi yang terdapat dalam buah mahupun sayur berwarna oren akan bertukar menjadi vitamin A secara automatiknya.
Pengambilan beta kartena yang mencukupi akan membantu tubuh menukarnya menjadi vitamin A yang selamat untuk kepentingan tubuh kita. Ingin diingatkan, terlebihnya kandungan vitamin A dalam tubuh akan mewujudkan toksik.


GARANGNYA SI MERAH
Jenis buah/sayur: tomato,tembikai,sejenis limau berwarna merah jambu( limau gedang) dan beberapa jenis buah anggur.
Kebaikan:
Semua jenis buah berwarna merah kaya dengan likopen dan amat baik bagi kaum lelaki bagi mengelakkan kanser prostat kaum adam, apa lagi? Mari makan buah-buahan merah sekarang.
membantu melindungi DNA
sebagai anti oksida kepada tubuh sekali gus melindungi tubuh kita daripada penyakit
menjauhkan kita daripada mendapat serangan jantung atau kanser
kandungan likopen paling tinggi boleh di dapati dalam pes tomato,sos tomato atau pun tomato jus.

MISTERI SI MERAH + UNGGU
Jenis buah /sayur : Anggur,prun,bie biru,beri hitam,strowberi dan kranberi
Kebaikan:
kebanyakan buah-buahan yang berwarna merah unggu ini adalah kerana ia mengandungi anthocyanins iaitu sejenis bahan yang melindungi sel-sel dalam tubuh
bahan anthocyanins ini amat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung kerana dapat menghindarkan kejadian darah beku dalam saluran pernafasan serta jantung kita.

CANTIKNYA SI KUNING + HIJAU
Jenis buah /sayur : tembikai susu,bayam,kacang pis dan avokado
Kebaikan:
baik untuk mata! Buah mahupun sayur yang berwarna kuning hijau ini mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu sejenis karotenoid yang baik untuk memantapkan penglihatan mata seseorang.
mengurangkan risiko seseorang itu mendapat serangan katarak mata.
Masalah penglihatan  biasanya menyerang golongan tua. Jadi, amalkan buah dan sayur sihat ini bermula hari ini!!!!

LEMBUTNYA SI PUTIH + HIJAU
Jenis buah /sayur :Bawang putih,daun saderi dan buah pir hijau.
Kebaikan:
Tumbuh-tumbuhan dari family bawang mengandungi alilicin yang terbaik amat berkesan dalam mengatasi masalah tumor atau ketumbuhan.
Kaya dengan sumber flavonoids termasuk quercetin dan kaempferol yang tergolong dalam kumpulan anti oksida.
TAHUKAH ANDA, Dalam semua jenis bahan anti oksida flavonoids merupakan kumpulan terbanyak yang kita ambil setiap hari. Jumlahnya boleh mencapai sehingga satu gram setiap hari.

INDAHNYA SI OREN + KUNING
Jenis buah / sayur : betik, limau dan buah pic
Kebaikan:
Mempunyai khasiat karotenoid sebuah keluarga zat yang mempunyai khasiat beta karotena
Buah warna oren kuning bertindak sebagai pembekal vitamin C dan E yang tinggi.Pengambilan buah-buahan ini amat baik untuk kesihatan serta kecantikan kulit.
Betik merupakan sumber vitamin A yang tinggi.Bagi anda yang mengalami masalah rabun, betiklah sahabat mu.

SEGARNYA SI HIJAU
Jenis buah/sayur: brokoli, salad dan kubis
Kebaikan:
Sayur-sayuran ini mengandungi sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menggalakkan pertumbuhan gen-gen di kawasan hati dalam keadaan terkawal dan selamat.
Dengan kandungan khasiat-khasiat ini, maka hati berupaya mengeluarkan enzim-enzim yang boleh menghancurkan bahan kimia yang menyebabkan barah dalam badan. Ayuh, makan sayur hijau untuk elak barah!!!!


KEPENTINGAN MAGNESIUM DALAM DIET
TAHUKAH ANDA, KEBANYAKAN WANITA YANG MAHU MENURUNKAN      BERAT BADAN MENGALAMI KEKURANGAN MAGNESIUM? SEDANGKAN MAGNESIUM PENTING UNTUK MENGUBAH MAKANAN MENJADI TENAGA, BUKANNYA MENJADI LEMAK. MAKAN BANYAK SAYUR-SAYURAN SEGAR DI SAMPING BUAH-BUAHAN. SEKALI SEKALA RANGSANG SISTEM METABOLISME BADAN ANDA DENGAN MELAKUKAN DIET JUS. DALAM SEHARIAN CUBA HANYA MAKAN ATAU MINUM JUS BUAH ATAU SAYURAN SEGAR. SELAIN ITU, TINGKATKAN PENGAMBILAN BIJI-BIJIAN ATAU GANDUM BAGI MEMPERKAYAKAN DIET ANDA DENGAN ENZIM YANG BERPERANAN MENGIMBANGKAN SISTEM METABOLISME. ANDA YANG BERPERANAN MENYEIMBANGKAN SISTEM METABOLISME. ANDA JUGA SUDAH MEMBANTU BADAN ANDA MELAKUKAN PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT.

No comments: