Friday, 19 August 2011


15 TIP HARUS DIIKUTI ... SI DIA PASTI KATAKAN “WOW”

UNTUK MATA YANG LEBIH MENGODA

1.     BULU MATA YANG LENTIK - Jika ingin mengenakan bulu mata palsu, pastikan anda memasangkan bahagian bulu mata yang panjang di bahagian tengah, bukan dihujung. Hasilnya? Bulu mata bukan sahaja Nampak lebih lentik, bahkan juga lebat semula jadi.

2.     SERLAH GARISAN MATA - Sapukan pengaris mata rona hitam di bahgian dalam garis mata atas dan di antara bulu mata agar mata terlihat lebih galak.

3.     MASKARA 2 DALAM 1 - Untuk menampakkan bulu mata lebih katara, sapukan satu lapisan mascara untuk memanjangkan bulu mata, manakala satu lapisan lagi untuk melebatkannya. Pastikan bulu mata dibersihkan dengan sempurna sesudah itu.

4.     GABUNGAN WARNA LAIN DENGAN STRATEGIK - Untuk kelainan, sapukan pengaris mata rona selain hitam di bahagian bawah garisan mata. Anda akan kelihatan lebih sofistiked dengan solekan yang lain daripada biasa.

5.     SENTUHAN HIGHLIGHT - Sapukan pembayang mata jenis krim (atau shimmery) di sudut dalam mata. Apabila ia terkena sinaran lampu, impaknya akan membuatkan mata nampak lebih lebar.

6.     LEMBUT KENING - Jangan lupa perkemaskan lagi kening anda. Pilihlah mascara kening berona lembut (sekurang-kurangnya satu tona lebih lembut daripada warna rambut).



 UNTUK BIBIR YANG LEBIH MENAWAN

7.    BIBIR ‘PENUH’ - Bagi memastikan gincu bibir tahan lebih lama, gariskan terlebih dahulu bibir anda menggunakan pensel bibir. Namun, sebelum itu gesekkan mata pensel pada tapak tangan anda terlebih dahulu untuk memanaskannya.Dengan cara ini, garisan yang dihasilkan lebih lembut dan kemas.

8.    GUNA BERUS - Mulakan pada bahagian tengah bibir, sapukan gincu menggunakan berus dan kemudian barulah rata kearah luar. Sesudah itu, tekapkan bibir dengan tisu.

9.    TAMBAH KILAUAN - Untuk membuat bibir nampak lebih penuh, sapukan pengilat bibir pada bahagian tengah bibir atas.

10.  SENTUHAN MAGIS DI PENJURU - Sapukan bedak pada span dan kemudian tekapkannya di penjuru bibir. Ia akan mengurangkan penegasan pengilat bibir yang disapu tadi, seterusnya membuat perhatian tertacap hanya pada bahagian bibir yang berkilau.

11.  PENEGASAN SENSUAL - Sapukan gincu pada lengkuk “v” bibir atas.


  UNTUK RIASAN KULIT YANG LEBIH MEMPERSONA

12.  SENBUNYIKAN SI MERAH - Gunakan jari anda dan tekankan secara perlahan penyamaran noda di sekitar hidung, mata dan dagu.Suhu badan akan membantu mencairkan seterusnya menyerapkannya ke dalam kulit. Bagi menyembunyikan jerawat pula, sapukan penyamaran noda daripada kandungan yang lebih kering.

13.  PILIH YANG GELAP - Daripada memilih bedak asas yang tebal, pilihlah bedak asas daripada formulasi ringan yang lebih gelap ronanya berbanding tona kulit. Kebanyakan wanita akan memakai krim pelindung cahaya matahari. Hal ini secara tidak langsung akan membuat kulit wajah sedikit cerah. Bedak asas tang cerah akan membuat wajah menjadi putih.

14.  LAPISAN WARNA DI PIPI - Sapukan krim daripada rona gangsa pada bahagian tulang pipi. Kemudian, ratakannya dengan pemerah pipi merah jambu (sebagai lapisan atas). Dengan cara ini, pipi akan kelihatan merah semula jadi.

15.  CERAHKAN STRUKTUR TULANG PIPI – Sapukan highlight dalam gerakan “C” pada pipi. Mulakan pada bahagian tengah pipi dan layangkan sapuan hingga ke tulang pipi.




No comments: